PANGLIMA ULUNG MALAYSIA

SEJARAH PENUBUHAN SILAT

SEJARAH PERSILATAN MELAYU DALAM KITAB PUSAKA SRI GAYONG PANGLIMA ULUNG

SEJARAH PERSILATAN MELAYU DALAM KITAB PUSAKA

                Adapun mengikut hikayat persejarahan lama dalam kitab khazanah persilatan Melayu
di Tanah Melayu, Kitab Pusaka Sri Gayong Panglima Ulung ada menyebut tentang sejarah Silat Melayu Tanah Melayu adalah dibawa daripada amalan Ulama Sufi Islam dari benua Arab. Adapun tokoh utama mereka ada dua orang, walaupun yang lain tidaklah ditonjolkan nama mereka itu kerana mereka berdua itu dan rombongan adalah Ketua Panglima Besar Islam dan sahabat Rasulullah S.A.W yang datang ke Tanah Melayu melalui dua jalan utama dunia perdagangan antara Dua Benua, iaitu Benua Timur Tengah dengan Benua Asia (Sebelum dibuka terusan Suez). Adapun mereka berdua itu bernama Panglima Saad. Satu yang melalui jalan pelayaran laut melalui Laut Arab, Tanjung Pengharapan dan Gujerat India/ Serindib (Sri Lanka), datang dari Habsah bernama akan dia Panglima Saad bin Lubaid. Kerana Hubungan Dagangan Utama dengan Canton di Tenggara di China, Tanah Melayu telah menjadi persinggahan penting ditengah-tengah perjalanan dan utama jalan antara Arab-China.

          Walaupun Kerajaan Melayu Melaka belum dibuka oleh Parameswara (Megat Iskandar Syah)
dari Palembang, tetapi kerajaan Melayu tua telah wujud di beberapa tempat di sebelah utara iaitu Langkasuka, Patani ( Selatan Thailand), Bruas/ Manjung (Gangga Negara) di Perak, Kelantan Tua (Tanah Merah) dan Terengganu Tua (Besut/ Setiu). Di Melaka, walaupun masih belum wujud kerajaan tetapi telah ada perkampungan nelayan orang Melayu dan menjadi persinggahan perahu dan kapal layar penduduk tempatan, Nusantara dan pedagang antara Arab-China. Pedagang Islam membawa barangan daripada benua Asia untuk dijual di pasaran Eropah oleh Orang Itali. Tanah Melayu telah menjadi popular dikalangan orang Arab, China, India dan Nusantara sebelum kerajaan Melayu Melaka lagi. Adapun kedatangan Panglima Saad menyebarkan Islam ke alam Nusantara sehingga China pada abad ke-5 dan 6 Masihi. Ramai dikalangan mereka aliran mazhab Maliki. Orang-orang melayu di Perkampungan Nelayan mula tertarik dengan peribadi mulia dan persahabatan mulia rombongan Arab dan mula menganut Islam, walaupun kebanyakan pemimpin dan ketua negara mereka masih belum menerima Islam. Orang-orang Melayu mula mempelajari Islam dan amalan kerohanian/ kesufian daripada mereka itu secara bersembunyi-sembunyi. Kedua-dua Panglima Islam r.a mendidik mereka tentang ilmu mempertahankan diri sebagai persiapan mereka ke arah berkerajaan dan bernegara untuk masa akan datang.

                                 Sementara di negara China pula orang China Islam dikenali sebagai
“Hui-Hui”/ “Hwei Hwei” / “Ta- Shih”. Tempat pengajian dan tarbiah agama ini berlaku di Tanah Melayu di “Lima Pulau” yang disebut oleh orang China Islam sebagai “Wushu”. Orang Melayu Islam dari Tanah Melayu, Orang Islam dari India, Orang Islam China dan orang-orang dari benua arab berulang –alik ke “lima pulau” di Tanah Melayu sebagai tempat pendidikan awal. Dengan ajaran kerohanian/ kesufian ini dan seni mempertahankan diri ini di Tanah Melayu dikenali sebagai ilmu Persilatan atau ilmu “Gayong”. Ramai di kalangan pelajar ini menjadi Pendekar atau tentera kepada kerajaan Melayu. Orang China Islam memanggil ilmu perang “Wushu”. “Wu” bermaksud “Lima” dan “Shu” bermaksud “ Pulau-pulau”. Lima buah pulau menjadi pusat operasi pengembangan ilmu itu ialah: 1. Pulau Besar, 2. Pulau Serimbun, 3. Pulau Lalang, 4. Pulau Burung dan 5. Pulau Hanyut di hadapan Tanah Besar (Melaka). Berdasar kepada pedoman yang dinyatakan dalam pusaka tua ini, ianya berlaku antara tahun-tahun 53-54H/620-676 Masihi. Pada masa ini China berada di bawah pemerintahan Dinasti Tang (618-905M). Pada masa Dinasti Tang, pelayaran dan perdagangan orang China sudah sampai ke Teluk Parsi melalui Jalan Utama perdagangan di Tanah Melayu sekitar abad ke5-7Masihi. Penduduk di “Lima Pulau” adalah daripada pelbagai wilayah di Tanah Melayu lain seperti . Orang Melayu Tanah Melayu selain belajar di “Lima Pulau” juga membawa bahan-bahan untuk dagangan. Mereka itu dari Besut/ Setiu dan Batu Rakit dari pelabuhan kerajaan Terengganu Tua, dari kerajaan Patani dan Kelantan Tua, dari Pulau Pangkor/ Lumut dari kerajaan Bruas/ Manjung di Perak, dari Muar (Johor-Riau Lingga), dari Kerajaan Langkasuka dan Kedah Tua, dari Palembang, Perlak-Pasai, dan lain-lain.

                                 Sesuai dengan sistem jalan laut sebagai jalan perhubungan utama,
Ilmu Gayong disebar luas oleh orang-orang laut yang menjadi kelasi kapal dagang. Persilatan atau ilmu Gayong yang dikembangkan di pesisir pantai Tanah Melayu ikut aliran kesufian tempatan berunsur Burung/ dan hidupan air seperti Gayong Helang/ Rajawali/ Layang-layang/ Naga/ Jala (Silat Pulut/Pengantin)// Ikan Pari-pari dan lain-lain. Bagi penduduk di kawasan darat dan tanah tinggi pula ilmu kegayongan yang popular ialah Gayong Harimau, Ular, Singa, Helang Putih, Helang Merah, Cencadak (disebut Sudu Senu di Kelantan , Terengganu: Besut/ Setiu), Halilintar dan lain-lain.

                 Setelah orang Maharaja China pada masa Dinasti Tang menjalankan dasar buka
pintu kepada pedagang asing, Orang Melayu pedagang disebut “Kiwi” bersama dengan Ulama’ Arab menduduki petempatan di Tenggara China di Kwang Chow (Canton), Chang Chow dan Chuan Chow. Ahli pelayaran Melayu yang mashor disebut Panglima Awang / Awang Dagang dari Terengganu.

     Mengikut sejarah Islam di China, sejak Hidup Rasulullah S.A.W iaitu pada tahun 619/ 620 Masihi,
Rasulullah S.A.W telah izinkan 101 muslimin dan muslimat berhijrah ke Habsyah di ketuai oleh Panglima Saad bin Lubaid. Kemudian Panglima Saad mengikut kapal belayar ke China (Canton) pada 630/ 631M untuk menyebarkan agama Islam. Beliau dan rombongan telah singgah di Tanah Melayu sebelum ke Canton. Makam/ kubur Saad bin Lubaid terdapat di perkarangan Masjid di Kwang Tah Se di Canton. Disebut orang juga sebagai Saad bin Lubaid al-Habsyi yang pembantunya bernama Yusuf. Selain di Tanah Melayu mereka mengembangkan Islam di Chuan Chow, Chang Chow dan Canton. Mereka telah mendirikan Masjid di Canton iaitu Masjid Kwang Tah Se dan Masjid Chee Lin See.

                    Orang Melayu yang beragama Islam yang berhijrah ke China ada yang berkahwin
dengan orang tempatan dikenali dengan puak “Hui-Hui” dan “Ta-Shih Kueh” dan “P’o-Si” iaitu keturunan Melayu-Arab-Parsi. Puak-puak ini bergabung pula dengan puak-puak China Islam seperti “Hui-Chi”, Ching Jen dan Ch’ing Jen Jiao. Ilmu persilatan Melayu atau “Gayong” di China dikenali sebagai “Wushu”. Ilmu ini berkembang bersama dengan konsep setiap orang Islam itu bersaudara melaui kahwin campur. Golongan pelayar dan pedagang Melayu yang mengikuti pelayaran Ulama’ Sufi Arab, Parsi dan India Gujerat/Cambay telah menyebarkan ilmu persilatan atau “Gayong” dikalangan orang-orang China Islam. Mereka para ahli pelayaran/ pedagang ini diberi kebenaran membuka perkampongan di Canton. Kelompok Melayu dan orang-orang Islam telah berkembang pesat di China sehingga dikenali dengan beberapa puak lagi seperti Da’-Syman, Mu-Su-Lu-Man dan Bu-Syu-Man.

                                     Panglima Islam yang melalui jalan darat, Jalan Sutera Lama
melalui Khurasan, Samarqand, Sinkiang dan terus ke Peking, seterusnya belayar ke Tanah Melayu di Kerajaan Terenganu Tua (Besut/Setiu), kira-kira tahun 675Masihi. Panglima Islam ini telah meruntuhkan Dinasti Sassamiyah, Dinasti Parsi (kafir) terakhir dibawah pemerintahan Yezdegird III (632-651M). Islam telah menakluki Parsi pada 634-641M. Firuz (Pi-lu-su) anak Yezdegird dapatkan bantuan Maharaja Kao Tsung (627-650M) seterusnya menyerang Khurasan pada 651M tetapi pemberontakan itu telah dipatahkan oleh tentera Islam pimpinan Ahnaf bin Kais al-Tamimi. Firuz lari ke China. Akibat campurtangan China ke atas Kerajaan Islam Parsi, Khalifah Uthman Al-Affan R.A telah menghantar satu misi ketenteraan ke Changan kerana membantah bantuan China kepada Firuz. Ketua Rombongan itu ialah sahabat Rasulullah S.A.W, Saad Abi Waqas. Setelah melarikan diri dari Serangan tentera Islam, Firuz berkhidmat sebagai Kapten Pengawal Maharaja China pada tahun 674M. Kedatangan Rombongan Panglima Saad bin Abi Waqas juga diterima baik oleh Maharaja China dan Islam dibenarkan disebar-kembang di negara China. Justeru itu Saad Abi Waqas tidak menyerang negara China tetapi sebaliknya belayar ke Tanah Melayu kira-kira pada 675Masihi ke Besut/ Setiu Terengganu melalui pelabuhan Batu Rakit dan di “Lima Pulau” mengembangkan ilmu Islam dan siasah-perang. Beliau pulang kembali dan Saad Abi Waqas ke rahmatullah/wafat pada 55H/bersamaan 677/678M di makamkan di Madinah.

                                       Ramailah orang Melayu Terengganu menganut Islam sehingga
wujud satu Legenda Ilmu Perang “Tok Syeikh Serban Kuning dan Tok Syeikh Serban Hijau” di Besut/ Setiu di Terengganu.

                                 Pada masa perkembangan Islam dibawah Khalifah Umaiyyah,
Rombongan Islam juga sampai di Tanah Melayu. Persilatan pada masa itu dikenali sebagai Kumpulan Gayong “Semutar Putih” dan kumpulan ini bersama-sama rombongan Umaiyyah ke negeri China di kenali sebagai Puak “Ta-Shih” kerana mereka berjubah putih. Apabila Kejatuhan Kerajaan Umaiyyah kepada Abassiyah, Tanah Melayu juga mengalami perubahan dengan kemunculan Pendekar “Semutar Hitam” kerana panglima Abassiyah berjubah hitam. Pada masa Khalifah Al-Walid (705-715M) dibawah pimpinan Panglima Qutaybah bin Muslim, orang Melayu juga bersama menguasai Sinkiang sehingga Kansu, tetapi tidak meneruskan peperangan sebaliknya menukar strategi diplomatik dengan Maharaja Hsuan Tung (713-756M). Ketika di bawah pimpinan Panglima Hisyam bin Abd. Malik (724-743M). Orang Melayu juga mengikuti rombongan Abbasiyah ke China dikenali sebagai puak “Ta-Shin” atau “Heh-i-Ta-Shih”.

               Pada masa pemerintahan Islam Abbasiyyah (751M) tentera Islam bertembung dengan
tentera China dibawah pimpinan Kao Hsien-Chih, Tentera Abbasiyyah menang dan seluruh Asia Tengah dikuasai oleh Islam. Selepas itu, bidang ketenteraan di China pada masa pemerintahan Kerajaan Dinasti Tang dikuasai oleh orang Islam.

             Maharaja China, Su Tsung (756-763M) yang menggantikan bapanya Hsuan Tsung meminta
bantuan tentera Islam “Wushu” iaitu gabungan Arab-Parsi-Melayu-Cina Islam dibawah pimpinan Panglima Abu Muslim (Abbasiyyah) atau disebut Panglima Agong akibat pemberontakan Jeneral An Lu-Shan. Kumpulan Melayu menamakan mereka para pendekar “Semutar Hitam” di ketuai oleh “ Panglima Hitam”. Maharaja Su Tsung berjaya menawan kembali kota Si-ngan-fu (Sianfu) dan Ho-nan-fu (Hananfu) dengan bantuan orang-orang Islam termasuk kumpulan pendekar “Semutar Hitam”. Mereka ramai kahwin dengan penduduk tempatan dan tinggal di sekitar Kansu dan Shensi. Ramailah orang Islam berhijrah ke China termasuklah orang-orang Melayu pada masa pemerintahan Maharaja Choon pada tahun 814-847M.

        Orang-orang Islam di China termasuk keturunan Melayu telah mengalami detik sejarah hitam
paling pahit apabila terpaksa lari keluar dari negara China akibat masalah agama dan perkauman di China bila orang-orang Islam tidak menyertai perayaan Kebesaran China dan Upacara rasmi telah dipolitik dan propaganda anti asing pada 876M akibat kebangkitan di Tenggara China pimpinan Hwang Chau. Orang Islam tewas dan melarikan diri daripada serangan orang puak “Han” ke Tanah Melayu, Palembang dan Campa. Kemudian menjadi titik tolak perkembangan Islam penyebaran ilmu persilatan Melayu (Gayong) atau “Wushu” di Campa (Vietnam) dan Palembang (kemudian meruntuhkan kerajaan Sri Wijaya).

                  Pada tahun 906M, Dinasti Tang jatuh. Hubungan dengan orang Islam merosot dan
wujud dinasti-dinasti kecil, tetapi disatukan oleh Dinasti Sung (960-1279M). Hubungan China dengan orang Islam termasuk dengan orang-orang Melayu semakin baik. Perdagangan Kemenyam, gaharu, minyak wangi, buah zaitun, kurma arab, permaidani, gading gajah, minyak atar, batu permata, mutiara dan pedang kembali menggalakkan. Saudagar Melayu dan Arab kembali bertapak semula di China. Ketua orang pedagang Islam di China amat mashur disebut “Pu Shou Keng” keturunan Arab-Melayu dilantik oleh Maharaja Sun Yu sebagai Pesuruhjaya Cukai dan berjaya menghapuskan lanun di sekitar perairan Fukien. Namun begitu “Pu Shou Keng” telah menyokong Kublai Khan menyerang China untuk mengembang kembali Islam di China. Orang-orang Islam bersatu menjatuhkan Dinasti Sung di Utara untuk mengangkat puak Genghis Khan (1162-1227M). Namun begitu, bahagian selatan Sungai Yang Tze masih di kuasai oleh Kerajaan Sung Selatan hingga tahun 1279M. Apabila tentera Mongol dibawah pimpinan Kublai Khan dengan bantuan orang-orang Islam “Wushu” telah berjaya menguasai seluruh China dan membentuk Dinasti Yuan (1279-1368M), ibukotanya di Khanbalik (Sekarang Peking). Masalah timbul bila cendikiawan China tidak mahu bekerjasama membangunkan kerajaan dibawah Dinasti Yuan. Kerajaan Yuan terpaksa mempelawa bijaksana Islam dari luar China termasuk di Alam Melayu untuk membangunkan negara China. 12 orang gabenor beragama Islam telah dilantik. Ketua Pemungut Cukai ialah Abdul Rahman (1244M). Kublai Khan telah melantik seorang Menteri Kewangan bernama Syed Umar Syamsuddin di kenali Syed Ajal atau orang China menyebut Say Dian Chih ( Sai T’ien-Chih). Pada 1259 di angkat menjadi Gabenor wilayah Yunan serta mengislamkan penduduk Yunan. Syed Umar tadi di gelar Putera Hsien Yang, menerima anugerah tertinggi kerajaan Yuan. Meninggal dunia pada 1279M. Sebagai mengenang jasa beliau, orang China telah membina tokong khas.

                           Seorang lagi tokoh Islam “Wushu” berjasa di China ialah Ahmad al-Fanaqati
dilantik pada masa Dinasti Yuan sebagai Pegawai Kewangan, menyebabkan kedudukan kewangan China Mantap. Marco polo pernah menyebut dalam catatannya, pengaruh Ahmad amat kuat dan dicemburui oleh pembesar-pembesar China yang lain seperti Chien Hu dan Wan Hu. Ahmad kemudian dibunuh. Kematian Ahmad memperorak perondakan matawang dan perbendaharaan Negara China sehingga wang kertas hampir tidak laku sehingga tahun 1311M percetakan wang kertas diberhentikan. Sebahagian besar tentera Mongol menganuti Islam dan mempelajari Warisan ilmu “Wushu” termasuk Ahnan Da, Gabenor An Si beserta 150,000 orang menganut Islam. Panglima Islam “Wushu” yang amat mashor yang menggantikan Say Dian Chih ialah anaknya, Nasruddin, yang berjaya mempertahankan Yunan daripada serangan Burma di bawah Raja Narathihapate. Tentera Burma cuba menceroboh masuk ke Yunan pada 1287M tetapi dapat dikalahkan oleh tentera pimpinan Nasruddin dan para pendekar “Wushu” di Lembah Vochang. Tentera Burma ketika itu berjumlah 60,000 orang termasuk tentera bergajah. Tentera Nasruddin dan pendekar “Wushu” hanya 12,000 orang sahaja. Ahli teknologi pada zaman Dinasti Yuan ialah Alauddin al-Mufari (A-lao-wa-ting) dan Ismail al-Syam (I-ssu-ma-yin), pakar membuat meriam termashur kemudian mengembangkan ke Melayu Campa dan Melayu Patani. Alauddin kemudian dilantik sebagai wakil Panglima Perang dan Ismail sebagai Ketua penyelia Kilang Meriam.

                                Seorang pereka cipta takwim China dikatakan keturunan Melayu iaitu
Wan-Nien-Li (Wan Nik Li). Takwim itu menjadi takwim rasmi China pada 1281M. Dinasti Yuan bertahan selama 90 tahun di China.

                          Rasa tidak puashati kepada orang mongol telah menyebabkan satu gerakan
pakatan pendekar Islam Wushu dengan rakyat China tempatan bagi menjatuhkan Dinasti Yuan. Kebangkitan seorang pemuda Islam dari Wilayah Selatan Sungai Yang Tze dengan bantuan puak Han bagi membolehkan negara China di perintah oleh orang China sendiri. Tentera Wushu memberontak yang di sebut sebagai Kebangkitan “Serban Merah” melancarkan jihad dipimpin oleh pemimpin orang Islam seperti Kok Tze Hin, Chu Yuan Chang, Ratu Ma, Chang Yui Chong, Hu Dah Hai, Ten Yu, Lan Yui, Mung Ying dan Tang Ho (semua pendekar Wushu Islam) merupakan zaman kebangkitan orang-orang Islam dipimpin oleh Jeneral dari Feng Yang dengan nama chinanya Kuo-Tzu-Hsing (Kok Tze Hin). Setelah kematian Kok Tze Hin, pimpinan disandang oleh anak lelakinya Kok T’iien –Shu, kemudian menantu angkatnya Chu Yuan Chang (1328-1389M). Chu Yuan Chang keturunan Semu (Semitik) mengistiharkan dirinya sebagai Maharaja Ming yang pertama dengan gelaran “Maharaja Hung Wu”. Dinasti Ming adalah dinasti pemerintahan beraja Islam (Ibrahim T.Y Ma,1979:124-135). Permaisurinya Ratu Ma Hon (1332-1382M) memang sah Islam berasal dari keluarga Ma di An Hui, walaupun tidak dijelas secara terperinci oleh ‘ The Cambridge History of China’ . Ketika berlaku pemberontakan, Putera Chang Chu menentang anak saudaranya, Maharaja Kien Wen. Cucu Chu Yuan Chang, iaitu kien Wen telah melarikan diri ke Makkah. Walaupun amalan confucianisme dibenarkan dalam istana tetapi agama Islam merupakan anutan keluarga Diraja.

9 orang Panglima Islam Wushu yang bergabung dengan Chu Yuan Chang ialah;
1. Hsu Tah (1331-1385M)
2. Ch’ang Yu-Chun (1330-1369M)
3. Li Wen-Chung (1339-1384M)
4. T’ang Ho (1325-1395M)
5. Teng Yu (1336-1377M)
6. Hu Tah-hai (1367M) dari Ssu Shi
7. Hua Yun (1321-1360M) dari Huaiyuan
8. Ting The- Hsing (1367M) dari Ting Yuan, dan
9. Mu Ying (1344-1392M)
(Sumber Yusuf Chang:1988:8-9)

                Tindakan awal Chu Yuan Chang setelah menawan Nanking ialah mendirikan sebuah
masjid jamik dan mencipta sebuah sajak memuji Rasulullah s.a.w. Masjid itu dinamakan Masjid Chin Juieh (Masjid pencerahan murni). ‘Ming’ membawa maksud ‘gilang gemilang’ atau terang benderang mengambil sempena tindakan Rasulullah ketika mula sampai ke Yathrib pada 622M, telah menukarkan nama nama kota itu kepada Madinah al-munawarah membawa maksud “kota gilang gemilang. Catatan dalam dinasti Ming tentang Cheng Chu adalah Maharaja Yung Lo (beragama Islam) telah mengharamkan penternakan dan penjualan babi/khinzir. Di catat dalam sejarah bahawa Pahlawan “Wushu” yang mashor iaitu Laksamana Muhammad Ma Ho atau lebih dikenali dalam sejarah Melaka sebagai Laksamana Cheng Ho, merupakan seorang Islam di Yunan. Masa Muda telah ditawan oleh Keluarga Ming dan diserah kepada Cheng Chu. Beliau telah berkhidmat dengan Cheng Chu sehingga ditukar nama kepada Putera Cheng Ho setelah Laksamana Cheng Ho membantu Putera Cheng Chu merampas kuasa daripada Maharaja Kien Wen (1398-1403M). Laksamana Cheng Ho telah dilantik memimpin armada laut China. Putera Cheng Chu di gelar Maharaja Yung Lo. Laksamana Cheng Ho telah memimpin angkatan armada laut China keluar ke laut selatan dan barat dengan 62 buah armada besar melalui Selat Melaka pada 1405M, tetapi tidak singgah di Melaka. Laksamana Cheng Ho keluar belayar melalui Selat Melaka sebanyak 8 kali. Pelayaran keduanya pada 1405-1424M. Semasa pelayaran balik ke China pada 1407-1409M dan pelayaran ke-4 (1413-1415M), Laksamana Cheng Ho telah singgah di Melaka. Sebagai persaudaraan Islam tanda persahabatan, Laksamana Cheng Ho telah mempelawa Sultan Megat Iskandar Syah, Sultan Melaka pertama yang menerima Islam mengikutnya ke China untuk menziarahi Maharaja Islam China iaitu Maharaja Yung Lo. Sultan Megat Iskandar Syah telah memperkenan permintaan Laksamana Cheng Ho untuk menziarahi Maharaja Yung Lo. Pembantu Laksamana Cheng Ho ketika itu ialah Laksamana Muda Heo Shien (Hussin) berasal dari Tanah Melayu. Wallahuaklam.

Sambungan Sejarah Persilatan Melayu dalam
Kitab Pusaka Perguruan PSS Sri Gayong Panglima Ulung.

“MARI KITA BERTAFAKUR DAN MELIHAT KEMBALI KEHEBATAN ORANG MELAYU YANG TERBILANG”

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Kasihani”
Pada pendedahan sejarah yang lalu ada menyebut bahawa…,

                         Orang-orang Islam di China termasuk keturunan Melayu telah mengalami detik
sejarah hitam paling pahit apabila terpaksa lari keluar dari negara China akibat masalah agama dan perkauman di China bila orang-orang Islam tidak menyertai perayaan Kebesaran China dan Upacara rasmi telah dipolitik dan propaganda anti asing pada 876M akibat kebangkitan di Tenggara China pimpinan Hwang Chau. Orang Islam tewas dan melarikan diri daripada serangan orang puak “Han” ke Tanah Melayu, Palembang dan Campa. Kemudian menjadi titik tolak perkembangan Islam penyebaran ilmu persilatan Melayu (Gayong) atau “Wushu” di Campa (Vietnam) dan Palembang (kemudian meruntuhkan kerajaan Sri Wijaya).

                          Adapun saya mahu menyentuh tentang Orang-orang keturunan Melayu-Arab
Islam yang berhijrah dari Negara China ke Campa. Mereka membuka perkampungan Melayu-Arab Islam. Dua tokoh besar dalam sejarah Persilatan Melayu ialah zuriat daripada kelompok ini bertaraf ulama yang disegani di Alam Melayu Nusantara, ialah Sunan Ampel dan Sunan Syeikh Maghribi yang kemudian berhijrah ke Indonesia. Mereka berdua adalah pewaris ilmu Gayong Panglima Ulung pada zaman itu yang kemudian bersama Sunan Bonang (anak Sunan Ampel: Makhdum Ibrahim) dan Sunan Giri: Raden Paku, adalah anak kepada seorang ulama berasal dari Melaka iaitu Maulana Ishak ( Murid Syeikh Abdul Aziz, Ulama Besar di zaman kegemilangan Empayar Melaka). Mereka adalah menerima warisan ilmu yang sama sebagaimana Tun Perak dan Laksamana Hang Tuah semasa di Melaka. Syeikh Abdul Aziz, Ulama Besar Melaka juga telah membawa pendekar- pendekar Melayu dari Tanah Melayu ke Negara China bagi membantu dan mengukuhkan kedudukan Maharaja Yung Lo dan pemerintah Dinasti Ming seterusnya (pemerintahan Islam di China semasa Dinasti Ming) dan menyebarkan agama Islam selepas era sahabat Rasulullah S.A.W, Panglima Saad Abi Waqas dan Panglima Saad bin Lubaid Al-Habsyi di Negara China. Peranan Syeikh Maghribi yang membentuk Gerakan Wali Songo bersama Sunan Ampel dan zuriatnya Sunan Bonang dan Sunan Giri yang pada mulanya menelaah ilmu di Melaka tidak boleh dinafikan oleh semua pengkaji sejarah Islam di Nusantara. Selepas zaman sahabat Rasulullah S.A.W, Syeikh Abdul Aziz Ulama Besar Melaka yang telah menyebarkan, menitikkan khazanah ilmu Gayong Panglima Ulung kepada murid-muridnya yang kemudian diangkat sebagai Ulama Nusantara selepasnya. Walaupun Syeikh Abdul Aziz sebagai ketua Ulama Melaka pada masa itu, peranan ulama lain tidaklah kecil, sebaliknya mereka bergabung tenaga melancarkan gerakan dakwah ke seluruh Asia Tenggara dan melalui siasah politik dan ilmu peperangan, maka terbentuk beberapa kerajaan Melayu Islam yang lain termasuk, Aceh dan Demak. Walaupun di zaman empayar Melaka, nama Sunan Bonang dan Sunan Giri tidaklah dikenali kerana mereka pada masa itu adalah masih berstatus pelajar sedangkan Tun Perak adalah Bendahara dan Hang Tuah adalah Panglima/ Laksamana Besar di dalam Kerajaan Empayar Melaka.

                      Adapun dalam Kerajaan Melayu Melaka, Gelaran “Hang”, “Makhdum”, “Khauja”
dan “Maulana” adalah bagi darjah kebesaran Tertinggi yang diAnugerahi oleh Sultan Melaka bagi Kerajaan Adat Temenggung yang setaraf dengan darjah “Tun”. Hang juga bagi Darjah Kebesaran yang dianugerahi oleh Baginda Sultan Melaka. Sistem Hirarki Pemerintahan Melayu Melaka mengamalkan sistem Pembesar Empat Lipatan. Empat pembesar yang Hirarki paling kanan membantu Baginda Sultan ialah: Bendahara, Temenggung, Penghulu Bendahari dan Panglima / Laksamana. Mereka berempat ini diberi Usungan oleh Baginda Sultan. Hanya Hang Tuah sahaja yang merupakan penyandang Pertama jawatan Laksamana/ Panglima yang diberi Usungan yang membawa maksud kedudukan jawatan telah diangkat setaraf dengan jawatan Bendahara, Temenggung dan Penghulu Bendahari. Bahkan hanya Hang Tuah yang menaiki jawatan tertinggi itu berasal dari kalangan rakyat biasa ( bukan kelompok elit) disebabkan kemahiran khusus dalam ilmu siasah peperangan dan kemahiran ilmu Persilatan (Gayong) yang Tinggi. Kenaikan jawatan tinggi disisi Baginda Sultan membuatkan pembesar- pembesar lain iri hati, cemburu dan menyimpan dendam untuk menjatuhkan Hang Tuah agar tidak lagi menjadi orang kesayangan Sultan. Hanya Bendahara Tun Perak yang menyayangi Hang Tuah kerana sebelum Jawatan Laksamana diwujudkan, jawatan Ketua Hulubalang adalah dibawah Bendahara dalam Hirarki pembesar Melayu Melaka. Pemilihan untuk memegang Ketua Hulubalang juga dipilih oleh Bendahara dengan mendapat persetujuan Baginda Sultan Melaka. Pemerintah Tentera Darat/Laut, Panglima di darat dan Laksamana dilaut: Kedua-dua Jawatan Tertinggi tentera Melayu ini di sandang oleh Hang Tuah. Sebelum jawatan Panglima/ Laksama diwujudkan, Jawatan Ketua Pemimpin Tentera Melayu ketika itu ialah Ketua Hulubalang (Lubalang). Sebelum Hang Tuah menjadi Pemimpin Tentera Melayu, jawatan Ketua Hulubalang berkenaan disandang oleh Tun Perak. Kehebatan Tun Perak juga tiada tandingan sehingga mampu mengalahkan angkatan tentera Siam (satu kuasa Tentera Yang Kuat ketika itu). Tun Perak berasal dari Klang, Selangor (juga dalam empayar Melaka) yang memegang jawatan sebagai Penghulu Klang, sebelum diambil berkhidmat dengan Baginda Sultan Melaka. Makhdum dan maulana bagi gelaran tertinggi dalam Kepimpinan Hal Ehwal Agama Islam atau bertaraf ulama (mahir tentang rujukan hukum dan seorang sufi Allah) dan amat disegani dalam masyarakat yang mengamalkan Hukum Adat Melayu Temenggung ketika itu.

                        Maulana Syeikh Maghribi, Sunan Ampel, Sunan Bonang dan Sunan Giri telah
berhijrah ke Indonesia dan membuka pusat pendidikan Islam secara pondok/ Pasentren dan mengembangkan ilmu-ilmu agama dan warisan Gayong Panglima Ulung yang dipelajari di Melaka ke Indonesia. Murid Sunan Bonang yang paling mashor ialah Sunan Kalijaga. Dalam Gerakan Wali Songo, Ulama-ulama ini telah mengajarkan Raden Fatah beberapa kelebihan ilmu, yang akhirnya menjadi Sultan Islam Demak pertama yang dahulunya dibawah Kerajaan Majapahit.

Dalam sejarah Indonesia ada menyebut:
Sunan Maulana Malik Ibrahim (also Syeikh Maghribi) was an Arab who arrived in Java in 1404 and worked at Gresik and Leran until his death in 1419. He founded the first Islamic school or pesantren on Java. Cousin of Sunan Ampel. His work was carried out before the time period normally associated with the wali songo, making him a kind of pioneer for missionary activity on Java.
Sunan Ampel (also Raden Rakhmat) who did his work in Surabaya, and spread Islam in East Java. Sunan Ampel was the original leader of the walisongo. He was a nephew of the King of Majapahit, and a cousin to Raden Patah, first Sultan of Demak. He was actually born in Champa, an Islamic kingdom located where the southern part of Vietnam is today. Sunan Bonang and Sunan Drajad were both his sons. Sunan Giri lived with him alongside his sons as a young man.

Sunan Bonang, son of Sunan Ampel, wrote a popular book on theology and good behavior for Muslims. As a young man he studied with Sunan Giri in Melaka. He helped build the great masjid at Demak. A story says that he converted the later Sunan Kalijogo to Islam. He is buried at Tuban.

Sunan Kalijogo, (also Raden Sahid), was active at Demak, student of Sunan Bonang, advisor to Senopati, father to Sunan Muria. He revived the Garebeg procession, added Islamic stories to the wayang kulit repertory, and promoted the use of traditional rituals in a new Islamic context. The IAIN (Islamic Institute) in Yogyakarta today is named after him. At times Sunan Kalijogo has been called a proponent of innovation (“innovation” in orthodox Islam is generally considered not proper).

Stories of Kalijogo also follow confused chrnologies. Some have him participating in the construction of the Masjid at Demak in the 1470s; others have him active in the mid-1500s.

Sunan Muria, (or Raden Umar Said), son of Kalijogo, after whom Mount Muria is named, and who used gamelan and theatre to help promote his missionary activity. He preferred to work with common people and in isolated villages.

Sunan Gunungjati worked at Demak and Banten, and was the founder of Cirebon. Many stories say that he was originally from Pasai in Aceh, others say that he was from Pajajaran in West Java. He married the sister of Sultan Trenggono of Demak, and led military expeditions for Demak against Banten (which was still Hindu at that time). As “Fatahillah” he defeated the Portuguese when they tried to take Sunda Kelapa (now Jakarta) in 1527.

Sunan Giri, (or Raden Paku), studied at Melaka, founded Islamic schools at Gresik, foretold the rise of Mataram, and spread Islam to Lombok, Sulawesi, and Maluku. He was a proponent of orthodox Islam, and disapproved of innovation (much like “modernist” Islamic scholars of the 1800s and 1900s). A traditional story says that he was the son of a Hindu princess of Balambangan and Maulana Ishaq of Melaka, who had gone to Balambangan as a missionary. The princess was forced to abandon him in a crisis and set him adrift on the ocean in a small boat, from which he was rescued by sailors. He was later a student of Sunan Ampel, and married the daughter of Sunan Ampel.

Sunan Drajad was a son of Sunan Ampel. He built the masjid at Paciran (north of Surabaya) in 1502, and is known for promoting social and charitable works. He also promoted the use of the gamelan orchestra.
Sunan Sendang worked at Paciran until 1585.

Sunan Ngudung (or Pengulu Rahmatullah) who did his work in Matahun, and died in battle against the Hindu remnants of Majapahit in 1513. He was the father of Sunan Kudus.
Raden Hamzah (or Sunan Lamongan) who did his work in Lamongan.

Maulana Ibrahim Asmoro was the father of Sunan Ampel. He is buried at Palang near Tuban. He was married to a princess of Champa, in what is now Vietnam, and may have originally been from Central Asia.

Sunan Bayat who did his work around Tembayat, near Yogya. He was a student of Sunan Kalijogo.
Sunan Bejagung who did his work near Tuban.

Syekh Sitti Jenar (also Syekh Lemah Abang) who was sentenced to death for his strong religious convictions, which were considered by some to be heretical.

Raden Patah, founder of Demak, is sometimes included in the list. Raden Patah was the son of Kertanegara by a Chinese princess, and was brought up by Aria Damar, his half-brother, who had been sent to oversee Palembang with the title of Adipati, and was said to be a Muslim in secret. He consulted closely with Sunan Ampel before continuing on to found the city and power of Demak. Raden Patah is a “link” between the line of the old Javanese kings (such as Airlangga or Hayam Wuruk), the later Sultans of Mataram (such as Agung), and the present-day Sultan of Yogya and Susuhunan of Surakarta.
(Sunan Kuning came much later, was named Susuhunan of Mataram by rebels in 1742, is remembered in Semarang).

Many stories of the Wali Songo are recorded in the Babad Tanah Jawa (Chronicles of the Land of Java), written in the mid-1600s.

Rujukan bagi bukti sejarah Indonesia;
http://www.gimonca.com/sejarah/walisongo.shtml

                    Adapun tokoh yang amat mashor yang mempunyai zuriat yang ramai dikalangan
ulama bagi pesilat/ pendekar/ Panglima Melayu-Arab yang lari dari Negara China ke Negara Campa ( sekarang Vietnam) ialah keturunan Maulana Malik Ibrahim, di Melaka dikenali dengan nama Syeikh Ibrahim bin Abar Al- Hadhrami bin Syed Jamaluddin Al-Kubra, kadang-kadang juga disebut gelar sebagai Syeikh Maghribi. Sebahagian rakyat menyebutnya Kakek Bantal ( di Indonesia). Ia bersaudara dengan Maulana Ishak, ulama terkenal di Samudra Pasai (Aceh) yang datang dari Empayar Melaka bumi bertuah, murid Ulama Melaka yang mashor iaitu Syeikh Abdul Aziz, sekaligus ayah dari Sunan Giri (Raden Paku). Syeikh Ibrahim atau Maulana Malik Ibrahim atau Syeikh Maghribi (adalah orang yang sama) dan Maulana Ishak adalah anak dari seorang ulama Persia, bernama Maulana Jumadil Kubro ( di Melaka disebut Syed Jamaluddin Al-Kubra), yang menetap di Samarkand. Maulana Jumadil Kubro diyakini sebagai keturunan ke-10 dari Saidina Husein, cucu Nabi Muhammad saw. Maulana Malik Ibrahim pernah bermukim di Campa, sekarang Kamboja ( Vietnam), selama tiga belas tahun sejak tahun 1379M. Ia malah menikahi putri raja, yang memberinya dua putera. Mereka adalah Raden Rahmat (dikenal dengan Sunan Ampel) dan Syed Ali Murtadha atau di Indonesia di kenali sebagai “Raden Santri”. Dari Campa singgah di Melaka menjalankan misi dakwah di negeri itu. Seterusnya tahun 1392 M, Maulana Malik Ibrahim berhijrah ke Pulau Jawa meninggalkan keluarganya kerana amanah agama.

                                        Adapun saya mahu memanjangkan sejarah Syed Ali Murtadha
( di Indonesia dikenali sebagai Raden Santri) merupakan saudara kandung Sunan Ampel yang bapa mereka adalah Maulana Malik Ibrahim atau Syeikh Ibrahim atau Syeikh Maghribi. Syed Ali Murtadha semasa di Johor menumpang di rumah “Laksamana Kota Tinggi” dan berkahwin dengan “Wan Teja” anak Laksamana Kota Tinggi sebelum belayar ke Kerajaan Melayu Pattani menumpang pula di rumah Mekong Damit, Kampong Bira pada tahun lebih kurang 1640M. Kerana Peribadi mulia di Pattani di gelar sebagai “Faqih ‘Ali”. Beliau telah mengasaskan persilatan warisan “Gayong Faqih”, nama di alam kebatinan yang hebat. Syed Ali Murtadha di Negara Pattani (Selatan Siam) di kenali sebagai Syeikh ‘Ali Al-Malbari dan dikalangan orang Bugis dan Johor/ Muar di kenali sebagai Andi’ Ali.

                               Semasa di Johor Syed Ali Murtadha atau Syeikh ‘Ali Al-Malbari atau Andi’
Ali berkahwin dengan “Wan Teja” mempunyai seorang anak yang dikenali sebagai Syeikh Shafiyuddin Dato’ Pujuk 1 bergelar “Tok Raja Faqih”, pemerintah Kerajaan Melayu Pattani ( Selatan Siam). Kehebatan ilmu persilatan Syeikh Shafiyuddin Dato’ Pujuk 1 tiada tandingan pada zaman Kerajaan Melayu Pattani, sehingga lagu gendang silat Pendekar Melayu zaman sekarang masih ada lagu JOK-1, JOK-2 dan JOK-3. Lagu-lagu gendang silat berkenaan adalah asalnya gendang tentera (pendekar-pendekar) kerajaan Melayu Pattani dan dibawa dan diajar kepada pendekar-pendekar di Kelantan. Di Pattani Syed Ali Murtadha berkahwin dengan Cik Dewi anak Seri Bija Diraja. Dalam Sejarah Terengganu Syed Ali Murtadha juga dikenali dengan nama “Faqih Ali Malbari”. Ramai zuriat Syed Ali Murtadha ini di negeri Pattani, Kelantan dan Terengganu, bahkan berada di seluruh negeri negeri-negeri Melayu. Nama beliau di Kelantan pula ialah “ Syeikh ‘Ali Al-Malbari. Seorang anak Syeikh Shafiyuddin ( Tok Raja Fakih) bernama Wan Muhammad yang anaknya bernama juga “Faqih ‘Ali” seperti nama moyangnya Syed Ali Murtadha. Faqih Ali bin Wan Muhammad inilah penulis kitab/ buku “Tarikh Pattani” atau dikenal “Tuan Tulis Pattani”. Faqih ‘Ali bin Wan Muhammad adalah pembesar Kerajaan Melayu Pattani yang dikenal sebagai Datuk Maharajalela di Pattani. Semasa perang Siam-Pattani, Faqih Ali belayar mencari bantuan kerajaan Sulawesi pada tahun 1632M, dan kembali tetapi singgah dan tinggal di Semenanjung Tanah Melayu. Faqih Ali bin Wan Muhammad bin Syeikh Shafiyuddin ( Tok Raja Faqih) adalah saudara kandung kepada Ibrahim Datu Kelantan IV bergelar Ong Chai Nyek Ong Brohim Po Nrop (1632-1637M) di Campa. Menjadi raja di Campa pada tahun 1637-1684M. Wan Muhammad, ayah kepada Faqih ‘Ali juga dikenali sebagai Syeikh Abdul Muzaffar Waliullah di Tanah Melayu. Keturunan mereka inilah ramai yang menjadi ulama-ulama dan tokoh-tokoh utama di Kerajaan Pattani, Kelantan dan Terengganu. Keturunan mereka ini termasuklah ulama Melayu Nusantara seperti Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fathani, juga merupakan Panglima Besar kerajaan Melayu Pattani di zaman itu. Selain itu nama ulama dan tokoh hebat lain ialah Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahim dari Pattani berhijrah ke Bukit Bayas, Terengganu yang kemudian juga menjadi Ulama di negeri Terengganu. Syeikh Abdul Muzaffar Waliullah di Tanah Melayu dikatakan bersaudara kandung dengan Syarif Hidayatullah / Sultan Babullah yang dikenali sebagai Sunan Gunung Jati di Indonesia. Jadi Ulama-ulama dan Sultan-sultan Banten di Indonesia adalah keturunan mereka jua. Syeikh Abdul Muzaffar Waliullah di Tanah Melayu dan Sunan Gunung Jati di Indonesia adalah keturunan Sultan Abu Abdullah ‘Umdatuddin atau nama lain ialah Wan Abu Alias atau Wan Bo (Bo Teri Teri) atau nama lain Maulana Israil ( Raja Campa yang memerintah pada tahun 1471M). Ayahnya ialah ‘Ali Nur Alam.

Sultan Abu Abdullah ‘Umdatuddin atau nama lain ialah Wan Abu Alias atau Wan Bo (Bo Teri Teri) atau nama lain Maulana Israil ( Raja Campa yang memerintah pada tahun 1471M) jugalah mengasaskan kerajaan Patani yang terletak di kepulauan Halmahera, Kepulauan Maluku, Indonesia.

Jelaslah kepada kita semua, keturunan Ulama, Panglima Perang, Kesultanan dan Warisan Keilmuan Agama Islam dan ilmu Persilatan Melayu di Nusantara adalah dari satu Pokok yang sama pada asalnya, kemudian hingga hari ini terpecah dengan rantaian yang kusut jika tidak kembali ke punca asal sejarah Persilatan Melayu yang saya perturunkan ini. Ingatlah anak- anak Persilatan nama Perguruan apapun kamu kita asal dari “Satu” ilmu iaitu ilmu Gayong Panglima Ulung.
Jangan biarkan anak-anak yang tidak tahu asal usul Persilatan Melayu bermusuh sesama sendiri. Saya Al- Faqir Guru Utama Pss Sri Gayong Panglima Ulung sudah lama menyimpan khazanah Sejarah Persilatan Melayu ini dan kini sudah sampai masa saya yang dhaif membuka rahsia ini agar anak- anak Persilatan tahu asal usul dan tidak berpecah-belah lagi. Bukan hasrat saya yang faqir lagi hina ini meminta anak- anak Persilatan semua datang menyertai Perguruan hamba yang lemah ini, tetapi adalah untuk menyampaikan amanah yang terdapat dalam khazanah ini untuk di ketahui oleh semua ahli-ahli Persilatan sama ada di Malaysia mahupun Indonesia dan Nusantara Umumnya. Tahulah asal Ilmu Kita bagaimana Punca Mulanya.

KETURUNAN ANDI’ ‘ALI/ FAQIH ‘ALI AL-MALBARI
(Yang diketahui sahaja)

1.Wan Derahman
2.Wan Namah
3.Wan Nik (Dato’ Wan)
4.Wan Siti
5.Syeikh Shafiyuddin
6.Nik Din Menteri lagi Pahlawan Bagi Dato’ Pujuk 1
7.Wan Ismail Tok Kaya Pandak/Pendek
8.Tok Kaya Rakna Diraja
9.Wan Faqih Hussein
10.Wan Nguk (isteri Tok Kaya Banggul) atau Wan Ngah: Anak cucunya Wan Ahmad di Perlis
11.Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas, Terengganu bin Tok Wan Abdur Rahim bin Tok Wan Deraman bin Tok Wan Abu Bakar bin Wan Ismail Tok Kaya Pandak/ Pendek.
12.Syeikh Nik Mat Kecik ( penyusun Kitab Mathla’ al-Badrain), meninggal di Mekah.
13.Syeikh Muhammad bin Wan Ismail bin Wan Ahmad bin Wan Idris bin Hj Wan Teh , ibunya Wan Nik/ Tok Wan Ti suaminya Zubeid/ Tok Wan Dahit.
14.Wan Nik bt Tok Wan Abu Bakar bin Wan Ismail Tok Kaya Pandak/ Pendek.
15.Hjh Wan Maryam (meninggal di Sekudai, Johor).
16.Hjh Wan Siti Saudah (meninggal di Pulau Penyengat, Riau)
17.Hjh Wan Zainab (meninggal di Pulau Midai, Riau)

Alhamdulillah, tenangnya hamba yang faqir ini setelah membongkar segala rahsia untuk manfaat Agama, Bangsa dan Negara Tercinta. Kita adalah bersaudara. Salam Persilatan untuk semua. Segala salah silap atau bahasa yang tidak baik, tiada elok adat dan adab saya pohon ampun dan maaf. Semoga generasi kemudian gembira dan berlumba-lumba belajar ilmu Persilatan Melayu yang terpelihara sudah berabad-abad lamanya. InsyaAllah jika ada kelapangan kita berjumpa lagi.