Maklumat Diri
Nama: Dr Hairani Binti Haris
Alamat Rumah: Lot 90 Jalan Tepi Laut, Kg. Baharu, Ayer Tawar, Lumut, 32400 Perak.
Pekerjaan: Pensyarah Akademik di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
Status Dalam Perguruan: Umi Perguruan (Isteri kepada Allahyarham Haji Zubaidillah Bin Sulaiman ), bersama Guru Utama Allahyarham Haji Zubaidillah Bin Sulaiman mengasaskan PPSSGPU mulai tahun 1989 hingga kini.
Pernah Terima Sebarang Penganugerahan: Tidak pernah kerana hanya berada di belakang tabir sebagai isteri dan pembantu setia Guru Utama (Haji Zubaidillah Bin Sulaiman)
Status Perkahwinan: Berkahwin
Jumlah Anak : 6 orang.
Perjalanan hidup
Berminat dalam aktiviti silat mulai dibangku persekolahan tapi tidak berpeluang belajar kerana tiada sebarang persatuan silat di kampung pada waktu itu. Mula berpeluang menyertai persatuan silat pada tahun 1987 semasa menjadi pelajar siswazah di UKM Bangi. Pada waktu itu Jurulatih saya adalah Haji Zubaidillah Bin Sulaiman pengasas PPSSGPU. Mendirikan rumah tangga dengan Haji Zubaidillah Bin Sulaiman pada tahun 1989 dan dikurniakan enam cahaya mata yang terdiri daripada 3 orang lelaki dan perempuan. Anak keempat kini diangkat menjadi Guru Utama dan anak-anak yang lain meneruskan warisan sebagai jurulatih gelanggang-gelanggang di negeri Perak dan Perlis. Pada tahun 2009 bertugas di Negeri Perlis setelah menamatkan cuti belajar (Peringkat PhD di UKM) dan membuka gelanggang silat di beberapa gelanggang di Negeri Perlis. Dilantik menjadi jurulatih silat seni di Majlis Sukan Negeri Perlis mulai 2012-2018. Pada tahun 2014 menerima anugerah jurulatih sukma yang menyumbangkan satu pingat emas dan satu pingat perak dalam acara silat seni.